khasiat coklat

Anak-anak umumnya senang coklat. Tapi anda mungkin enggan memberikannya karena coklat tidak dikatakan sebagai makanan sehat. Kini, riset baru menunjukkan, cokelat dapat membangkitkan semangat anak, melindungi perkembangan sel-sel dan khasiat lainnya. Berikut, khasiat cokelat untuk anak menurut para ahli. Mencegah cedera. Untuk mencegah anak cedera saat lomba atletik, tinggalkan minuman sport.


Lebih baik berikan susu cokelat. Selain memberikan kalsium 25% angka kecukupan gizi untuk anak, 1 gelas susu dapat menurunkan resiko cedera selama aktivitas, begitu menurut sebuah studi dalam International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism. Glukosa dan protein di dalam minuman susu cokelat memberi bahan bakar pada otot untuk meningkatkan stamina dan kinerja selama latihan. Rasio karbohidrat protein yang mudah dicerna membuat khasiat mulai terasa hanya dalam hitungan menit. Brownies mencegah stress dan sakit Cokelat hitam kaya polyphenols, antioksidan yang melindungi sel-sel dan tubuh dari radikal-radikal bebas penyebab penyakit.


Cokelat hitam juga mengaktifkan zat kimia otak pembangkit semangat serotonin untuk mencegah depresi dan anxiety. Karena anak-anak lebih suka coklat susu, tambahkan cokelat hitam ke dalam minuman coklat susu dan makanan panggang seperti brownies.


Coklat


Kita semua suka coklat tetapi berasa bersalah selepas mengambilnya kerana kita percaya bahawa ia akan menjejaskan kesihatan kita. Kita pasti terkejut apabila mengetahui bahawa semua ini adalah tidak benar belaka.   Sebenarnya, hasil daripada kajian terbaru menunjukkan bahawa coklat mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik. Sudah sampai masanya kita mengetahui perkara yang sebenar.

Fakta Pertama - Coklat tidak menyebabkan jerawat
Satu-satunya mitos yang diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para remaja. Ini tidak benar.    Pemakanan yang tidak baik adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa 'puberty', pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.
Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.
Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
coklat kotak (kotak boleh makan sekali)
Coklat sesuai untuk dibeli setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari-hari istimewa seperti majlis pertunangan, Hari Kekasih dan sebagainya. Memandangkan coklat merupakan makanan yang kaya dengan sumber tenaga dan senang dibawa ke mana saja, ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan lain-lain. Ia merupakan makanan 'wajib' di kalangan pengembara.

Ini adalah proses di mana coklat yang didinginkan (tempered chocolate) itu dimasukkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada logam atau plastik yang telahpun dipanaskan. Selepas itu coklat akan dimasukkan ke dalam terowong penyejuk supaya ia cepat beku dan keras dan menghasilkan kualiti coklat yang baik. Pendinginan yang baik mempastikan lemak koko susut di dalam acuan dan ini memudahkan coklat itu dikeluarkan dari acuan nanti. 


Pada amnya penggunaan acuan logam dianggap lebih sesuai di mana ia dapat mengalirkan suhu sejuk secara seragam. Walau bagaimanapun, bentuk acuan yang baik dan cantik serta murah juga telah dicipta dengan menggunakan plastik yakni ringan, senyap semasa digunakan dan fleksibel semasa mengeluarkan coklat dari acuan. Pada masa kini terdapat acuan yang diperbuat dari 'stainless steel' dengan 'polycarbonate carriers' yang memberi kemudahan yang terbaik tetapi dengan kos yang lebih tinggi.
Ini adalah proses di mana inti-inti coklat yang dibentuk itu akan bergerak melalui di bawah satu corong yang mengalirkan coklat yang didinginkan kepada setiap bahagian atas inti ini. Untuk salutan di bawah pula ia akan melalui satu alat khas. Jika ada keperluan misalnya inti itu tidak boleh terdedah atau untuk menutup kerosakan pada inti itu, salutan yang kedua perlu dilakukan. Jikalau ini berlaku salutan yang pertama tidak memerlukan coklat yang didinginkan tetapi sebelum salutan yang kedua dilakukan, salutan yang pertama mestilah sudah keras terlebih dahulu. Ciri-ciri yang ada pada lemak koko iaitu cepat beku dan cepat cair yang penting semasa 'moulding' perlu juga diambil kira semasa salutan dibuat. Jika inti yang disalutkan itu menyejuk dengan cepat, coklat itu akan retak. Pada masa yang sama jika ia menyejuk terlalu perlahan ia akan menghasilkan coklat yang tidak menarik dan lembut. Walau bagaimanapun masalah ini tidak akan diketahui semasa peringkat pembungkusan tetapi hanya apabila bungkusan itu dibuka kelak.
Terdapat banyak perubahan dari segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit diabetic sejak 20 tahun yang lalu.
Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic Malaysia hari ini mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula dalam amaun yang kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kurang lemak boleh diterima.
Produk-produk diabetic adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada pesakit diabetic jika dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic boleh memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains makanan.

Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di mana mereka menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan"

 
Copyright © CoKLat BuAtan SenDiRi. Original Concept and Design by My Blogger Themes